Tuesday, 30 October 2018

Refleksi - Charles







Name saya Tan How Feng (Charles), saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Siti Noor Amyah terhadap pelajaran dalam class yang teori dan praktikal. Selepas menghadiri kelas, saya mendapati pengetahuan dan keguanan Bahasa Malaya semasa saya berkomunikasi dengan orang pekerja luar. Saya berharap saya boleh lebih memahami Bahasa melayu dengan lebih mendalam selepas modul ini. Saya berasa amat gembira kerana mendapati peluang untuk belajar Bahasa Melayu lagi in universiti. Harap anda menpunyai hari yang baik, sekian terima kasih.

(78 patah perkataan)

Reflektif - Jocelyn Lee (0330124)


Melalui program ini, saya belajar banyak perkataan yang baru. Saya juga telah belajar bagaimana membina ayat dengan menggunakan tatabahasa dan perkataan yang betul. Di dalam kelas, kita juga menonton video dan mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan bagaimana mengucapkan Bahasa melayu dengan baik. Melalui cara ini, saya dapat belajar perkataan dan cara berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa melayu dengan lebih baik. Dalam tugasan ini, saya juga teleh mengenali pelbagai jenis puisi yang terdapat dalam Bahasa melayu dan nilai-murni yang boleh kita dicontohi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dengan cikgu saya Cik Siti Noor Amyah Khasbullah kerana mengajar saya Bahasa melayu.


- Jocelyn Lee (0330124)

Sajak Kata-Kata - Jocelyn Lee (0330124)

Kalau kita dicerca dengan kata
kita diam tak terkata.
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata.

Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.

Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.

Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.

Aduhai anakanda
Kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.


Maksud:
Rangkap 1:
Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara.
Rangkap 2:
Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara.
Rangkap 3:
Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat.
Rangkap 4:
Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta.
Rangkap 5:
Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.

Nilai Murni
Nilai pertama ialah kebijaksanaan.Contohnya, kita perlu bijak berkata-kata dan berhujah.Selain itu, nilai kedua ialah tanggungjawab.Contohnya,kita mesti bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.Seterusnya, nilai ketiga ialah  keberanian. Contohnya, kita harus berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.


- Jocelyn Lee (0330124)

Sajak Orang Tua - Jocelyn Lee (0330124)


Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.

Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.

Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.

Nampakkah ia sepertimu
mereka juga diciptakan oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil tidak berbudi
nampakkah kau?

Maksud:
Rangkap 1:
Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang wanita tua yang merempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita tua itu berjalan tanpa haluan sambil membawa begnya yang buruk.

Rangkap 2:
Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua itu tiada tempat kediaman. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan daripada restoran mamak.

Rangkap 3:
Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yag terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila mayatnya tidak dihiraukan dan tiada waris yang menuntut mayatnya di bilik mayat.

Rangkap 4:
Penyajak menjelaskan bahawa kita adalah serupa kerana kita semua ialah makhluk ciptaan Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu tidak dipedulikan oleh anak-anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati budi anak-anaknya.

Nilai Murni
Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Contohnya, kita harus berkasih sayang terhadap kedua ibu bapa perlu disemai agar perasaan tersebut kekal berpanjangan. Selain itu,nilai kedua ialah mengenang budi. Contohnya, kita perlulah membalas segala jasa yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa.Seterusnya, nilai ketiga ialah prihatin. Contohnya, kita mesti mengambil berat terhadap ibu bapa.


- Jocelyn Lee (0330124)

Aku Membaca Lagi - Jocelyn Lee (033124)

Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembasan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit
Kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku yang berdarah.

Maksud:
Rangkap 1:
Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Rangkap 2:
Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

Rangkap 3:
Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.

Rangkap 4:
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Rangkap 5:
Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.

Nilai Murni

Nilai pertama ialah cinta akan Bahasa. Contohnya, para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan. Selain itu, nilai kedua ialah cinta akan alam sekitar. Contohnya,penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung. Seterusnya, nilai ketiga ialah kesyukuran. Contohnya, dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang dicipta oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


- Jocelyn Lee(0330124)

Reflektif (Sho Yi Xian - 0330799)

                                                                         REFLEKTIF


       Nama saya Sho Yi Xian, saya ingin menggucapkan terima kasih kapada Cikgu Siti Noor Amyah, kerana cikgu mengajar kami Bahasa Melayu dan bagi kami pengetahuan Bahasa Melayu. Dalam minggu yang Sembilan ini, saya sudah belajar banyak jenis kata and kegunaan, walaupun Melayu saya tidak bagus tetapi saya akan belajar rajin sangat untuk futur saya. Sebab ini, saya ingin rajin dalam kelas dan dengar semua yang cikgu ajar. Saya berasa sungguh gembira dan teruja kerana adalah mendapat balajar Bahasa Melayu lagi di Universiti saya. Terima kasih Cikgu.



(84 patah perkataan)

PUISI (Sho Yi Xian - 0330799)

1.                                                                       Aku Ingin
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu
kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan
kepada hujan yang menjadikannya tiada

Permasalahannya adalah, beberapa sumber menuliskan bahwa puisi ini merupakan karya salah seorang penyair kelas dunia, Kahlil Gibran. Tapi, puisi ini juga tertulis di Buku "Kumpulan Sajak Sapardi Djoko Damono". Loh, mana yang benar?

Puisi "Aku Ingin" memang cukup singkat, namun kata-kata dalam puisi itu begitu indah dan dianggap sebagai salah satu 'masterpiece' sang penyair. Kembali ke masalah utamanya, siapa penyair aslinya? Kahlil Gibran atau Sapardi Djoko Damono.

Kahlil Gibran, yang memulai menulis syair dalam kumpulan syairnya berjudul "Sayap-sayap Patah" tahun 1912, dianggap sebagai seorang penyair paling menginspirasi di dunia. Sedangkan Sapardi Djoko Damono adalah seorang dosen yang karyanya sudah begitu populer, hingga diterjemahkan ke puluhan bahasa. Salah satu buku kumpulan puisi terkenalnya berjudul "Hujan di Bulan Juni". Puisi Aku Ingin, adalah salah satu puisinya yang terpopuler, baik bagi pecinta puisi, maupun yang bukan pecinta puisi.

Permasalahan ini dimulai dari blogger Indonesia yang dengan sembrono menuliskan puisi berjudul "Lafaz Cinta" dengan syair persis dengan isi dari puisi "Aku Ingin". Puisi Lafaz Cinta tersebut ditulisnya merupakan karya dari Kahlil Gibran. Tulisannya tersebut kemudian dibagikan oleh orang-orang sehingga muncullah sebuah puisi berjudul Lafaz Cinta karya Kahlil Gibran dengan isi puisi yang persis sama. 

Beruntung, seorang ahli literasi, Ilham Moehidin berhasil melakukan uji literasi pada kedua karya tersebut. Hasilnya, ternyata puisi berjudul "Lafaz Cinta" tersebut tidak pernah ada. Dengan kata lain, Kahlil Gibran tidak pernah menulis puisi dengan isi persis dengan puisi "Aku ingin", bahkan tidak pernah menulis puisi dengan judul "Lafaz Cinta" sekalipun.


Sejarah Puisi "Aku Ingin"

Beberapa sumber menyebutkan bahwa ada suatu saat, ketika Istri Sapardi Djoko Damono menderita sakit. Sapardi Djoko Damono menguatkan istrinya dengan menyatakan bahwa cinta itu sedergana, cinta itu perasaan yang tidak bisa dimanipulasi. Berawal dari itu, ia kemudian membuat sebuah puisi cinta untuk istrinya yang berawal dari kesederhanaan. Tidak seperti puisi cinta  biasanya, dimana para penyair menambah bumbu kata cinta nan manis untuk menambah indah kalimatnya. Karena kesederhanaan itulah, puisi Sapardi Djoko Damono ini bisa dengan mudah difahami segala kalangan juga diterima dihati mereka. 




2.                                                        Cintaku Jauh Di Pulau

Cintaku jauh di pulau,
gadis manis, sekarang iseng sendiri
Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang, tapi terasa
aku tidak ‘kan sampai padanya.
Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
“Tujukan perahu ke pangkuanku saja,”
Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama ‘kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!
Manisku jauh di pulau,
kalau ‘ku mati, dia mati iseng sendiri

Apresiasi Puisi
Puisi karya Chairil anwar yg brjudul cintaku jauh di pulau
Cintaku jauh di pulau merupakan ekspresi tidak langsung dengan penyampaiannya menggunakan tanda-tanda. Tanda di dalam puisi ini adalah makhluk hidup dan benda.
Bait 1 : seorang kekasih yang berada di suatu tmpt yg jauh dan ada seorang gadis manis yang menghabiskan waktunya sendirian.
Bait 2 : sang kekasih yang menempuh perjalanan jauh yang ingin menempuh kekasihnya,ketika cuaca pada saat itu bagus dan malam bulan yang bersinar namun kekasih gundah karena merasa tak sampai pada kekasihnya (gadis manis) .
Bait 3 : perasaan kekasih yang sedih tak kunjung bertemu sang kekasih ( gadis manis ) walaupun air tenang, angin yang mendayu ajal telah memanggil . Bait 4 : Sang kekasih putus asa, bertahun-tahun berlayar perahu yang membawanya akan rusak kematian yang menghadang mengakhiri hidupnya tanpa bertemu sang kekasih ( gadis manis ) .
Bait 5 :  Kekhawatiran kekasih jika dia meninggal, kekasih ( gadis manis ) akan mati dalam penantian yang sia-sia .
Model puisi cintaku jauh di pulau sebagai berikut :
1. Gadis manis =  penggambaran pujaan hati
2. Pacar : penggambaran kekasih
3. Angin : penggambaran perasaan bahagia
4. Air : penggambaran kesedihan
5. Perahu penggambaran sarana kendaraan
Matrik dalam puisi cintaku jauh di pulau.
Bait 1 : kekasih tak sampai
Bait 2 : pesimis , penyesalan
Bait 3 : penyesalan
Bait 4 : kasih tak sampai
Bait 5 : kasih tak sampai





3.                                                                   Tapi 
Aku bawakan bunga padamu
Tapi kau bilang masih
Aku bawakan resah padamu
Tapi kau bilang hanya
Aku bawakan darahku padamu
Tapi kau bilang cuma
Aku bawakan mimpiku padamu
Tapi kau bilang meski
Aku bawakan dukaku padamu
Tapi kau bilang tapi
Aku bawakan mayatku padamu
Tapi kau bilang hampir
Aku bawakan arwahku padamu
Tapi kau bilang kalau
Tanpa apa aku datang padamu
Wah!
Oleh: Sutardji Calzoum Bachri

Ditiap baitnya memuat gaya bahasa hiperbola yang melebih-lebihkan yang khas menunjukan tulisan sosok 'Presiden Penyair Indonesia' (Julukan Tardji). Tardji ingin menyampaikan pesan moral yang menggambarkan seangkuh apapun usaha manusia, tetap akan tidak ternilai dihadapan tuhan. Karena tuhan sendiri yang memainkan skenario, kita hanya aktor yang menjalankan.

Selain menggunakan Bahasa hiperbola yang melebih-lebihkan, bung tardji sapaanya juga biasa membuat puisi dengan dialog antara binatang, jarang sekali ditemui sastrawan yang seperti ini, seperti puisinya yang berjudul “Gajah dan Semut” yang ia buat pada tahun 1976-1979 pada kumpulan sajak Sutardji Calzoum Bachri.

Tercatat bung tardji sudah mendapatkan penghargaan-penghargaan didunia sastra mulai dari nasional sampai international, diantaranya:

1. Menerima Hadiah Sastra Asean (Sea Write Award) dari kerajaan Thailand pada tahun 1979;
2. Penghargaan sastra kabupaten kepulauan riau langsung oleh bupati kepulauan Riau pada tahun 1979;
3. Mendapatkan Anugerah Seni Pemerintah Indonesia pada tahun 1993;
4. Menerima anugerah Sastra Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia Jakarta pada tahun 1990;
5. Dianugerahi gelar sastrawan perdana oleh pemerintah daerah Riau pada tahun 2001

Dari deretan penghargaan tersebutlah ia mendapatkan gelar “Presiden Penyair Indonesia” dan sebagai pelopor  puisi kontemporer, yang berarti dunia sastra Indonesia memiliki wajah baru dan bentuk baru dalam perpuisian di Indonesia, yang lahir dari sifat seniman itu sendiri yang ingin menciptakan hal baru disetiap zamannya.

Perkembanganya sangat pesat mulai dari tahun 1930-an sampai tahun 1945 yang pada waktu itu Chairil Anwar memproklamasikan gaya puisi baru yang lebih dikenal dengan gaya bebas, kemudian pada tahun 1973 sang presiden penyair Indonesia memperkenalkan puisi kontemporer yang artinya bentuk puisi yang berusaha lari dari ikatan konvensional puisi itu sendiri, oleh karena itu puisi Bung Tardji memiliki bentuk yang aneh dan ganjil menurut kebanyakan puisi yang ada di Indonesia.

Jadi tidaklah aneh jika dari karyanya banyak yang tidak bisa difahami, kerna bisa dikatakan genrenya memang sudah berbeda. Bahkan ada beberapa puisi Bung Tardji yang lebih menitik beratkan kepada bunyi sehingga terbayang betapa ganjilnya kata-kata yang terdapat disetiap bait puisi “Solitude”.

Solitude
Yang paling mawar
Yang paling duri
Yang paling sayap
Yang paling bumi
Yang paling pisau
Yang paling risau
Yang paling nancap
Yang paling dekap
Samping yang paling
Kau!


Monday, 29 October 2018

Ribut & Taufan Selatan - Diana

RIBUT & TAUFAN SELATAN 

Kepada Ribut aku berkelana.
Dari dentum & desir dusta.
Aku pasti ia rakus dan sungguh bewarna.
Aku layangkan seteguh cinta.
Semadikan utuh di rona rasa.
Mengikut rentak orang berbicara.
Lalu tumbang diantara syurga & neraka.

Kepada Taufan aku bercanda.
Dan dari nimbus & Orbit angkasa.
Aku percaya ia sketsa 2 benua.
Aku luhurkan mertabat manusia.
Meniti seperti tak punya apa.
Riang tawa disorok kosong di dada.
Hingga bersalaman erat dengan Ribut.
Dan berpelukkan utuh bersama Taufan.
Dan tepatri indah di bawah redup buruj Selatan.



-NAZA MD NOOR-

Maksud

Rangkap 1: Perenggan ini bercakap tentang bagaimana tidak ada yang sempurna, segala-galanya telah naik dan turun. Hidup di dunia ini seperti berada di antara syurga dan neraka. Di mana terdapat hujan, terdapat juga cahaya matahari dan pelangi.

Rangkap 2: Perenggan ini mengatakan bahawa alam semesta mempunyai planet yang berbeza yang mengelilingi bumi, tetapi matahari masih tetap di sana bersinar di seluruh dunia. Beberapa bahagian dunia menghadapi badai dan ribut taufan, sementara bahagian selatan dilindungi oleh bayangan cahaya terbakar yang cerah dari matahari.

Aroma Kopi - Diana

AROMA KOPI 


perjalanan nan panjang
dalam rentang waktu tak terbatas
meski senantiasa ada jeda disana
pada lukisan kesetiaan jiwa
serta bias keabadian sukma
dimana tempat berlabuh
yang sungguh, tanpa…
“huh…”
helaan nafas dedaunan, adalah
warna langit kita yang usang
sensasi-sensasi produk ambisi
sering mengilhami sisi beku hati kita
“hmm….”
nyaris lenyap dalam sekejap
tinggal aroma kopi yang tak pergi
Maksud
Rangkap 1: Ceramah ini membincangkan bagaimana kehidupan adalah perjalanan yang panjang setiap manusia perlu fasa. Kehidupan di bumi mempunyai jarak masa yang tidak terhad, walaupun ia mungkin kelihatan sangat singkat. 

Rangkap 2: Kehidupan adalah tuhan yang paling menakjubkan yang telah meletakkan bumi untuk kita dan jadi kita mesti setia kepada diri kita untuk selama-lamanya.

Rangkap 3: Sisi yang paling sensasi dari hati kita berasal dari ketika kita berada di tempat yang gelap. Fikiran kita tersesat dalam masa ini tetapi perasaan kita tidak akan hilang sama seperti aroma kopi pagi. Aroma yang memberi anda motivasi untuk teruskan.

Cinta Tak Bertepi - Diana

CINTA TAK BERTEPI 


Aku tenggelam oleh cinta
tenggelam di lautan cinta
cinta yang hanya satu warna
menyakiti cinta ini

saat aku di permukaan cinta
indah nya senyuman matahari
hangatnya pelukan matahari
memekarkan bunga-bunga di hatiku

kini semua telah dirubah
cintaku telah layu
mengharapkan cahaya darimu
yang tak bisa tergeserkan

terperangkap di labirin cinta
berenang di lautan cinta
yang seluas samudera cinta
untuk menemukan dataran cinta

By - Nur Kurosaki

Maksud:
Puisi ini bercakap tentang cinta. Dua orang yang gila dalam cinta berasa seperti dunia di sekeliling mereka hanya berhenti kerana mereka melihat dunia kecil mereka sendiri. Selepas dipisahkan, dia masih berasa selesa ketika berada dalam pemikiran yang mendalam tentang dia. Apabila dua orang jatuh cinta, segala sesuatu di sekelilingnya secara automatik menjadi lebih mudah untuk dihargai dan mencari cinta. Cinta adalah di sekeliling kita.

Reflektif - Diana

REFLEKTIF

Saya kelas Bahasa Kabangsaan telah mengajar saya asas-asas Bahasa Melayu. Kita belajar sejarah, sebutan, intonasi, corak vokal, kata sifat, kata kerja dan kata depan. Kami belajar bagaimana untuk membina ayat yang betul dan bagaimana untuk bercakap Bahasa Melayu dalam nada formal dan tidak formal. Kelas ini telah sangat berguna kepada saya dan akan membantu dalam berkomunikasi yang lebih baik dalam Bahasa Melayu. Saya ingin mengucapkan terima kasih pensyarah saya, Cik Siti Noor Amyah untuk mengajar kita Bahasa Malaysia. Terima kasih.


Saturday, 27 October 2018

SAJAK : ERTI HIDUP BEBERTI


SAJAK : ERTI HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Maksud :
Rangkap 1:
Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi. Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan.

Rangkap 2:
Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.

Rangkap 3:
Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

TEMA DAN PERSOALAN
Tema sajak ini ialah kesunyian hidup warga tua yang berharap agar anak-anak akan datang menjenguknya dan menyayanginya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis berasa seih dan pilu serta kesunyian pada usia tua. Dia berharap agar anak-anak dapat melawatnya dan memberikan kasih sayang kepadanya sebagaimana dia menyayangi anak-anaknya sewaktu mereka kecil dulu.

Persoalan
(a) Kesunyian hidup pada usia tua.
(b) Kasih sayang ibu kepada anak.
(c) Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
(d) Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak
(e) Harapan ibu bapa kepada anak.
(f) Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
(g) Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
(h) Hidup dan mati ketentuan Tuhan

NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Ketabahan
(c) Ketaatan
(d) Berdikari
(e) Kesabaran
(f) Bertanggungjawab

PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
(b) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
(c) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
(d) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
(e) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
(f) Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.


~ GAN YONG LIAN

SAJAK : SANG GEMBALA KUDA


SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
          Dia lelaki bergelar perkasa
          dengan cemeti keberanian di tangan
          rembat angkuhnya memacu takut
          menghalau kuda-kuda di padang
          berebutan memburu kandang.

           Rumput dan jerami terhidang
           adalah kanun janji kesetiaan
           dimamah rakus kala lapar
           tak peduli nasib diri setelah kenyang
           jadi tunggangan memburu rakan.

          Dia lelaki punya kuasa
          sesekali suaranya lebih gempita
          daripada ringkik kuda sekandang
          pacuannya diiring seribu keberanian
          meredah onak di rimba perburuan
          meranduk lumpur di paya penindasan
          sambil melibas cemeti durjana
          dia melempar muslihat
          aku penyelamat maruah
          berjuang atas dasar kebenaran
          menentang semua kebobrokan.

          Dia lelaki sang gembala kuda
          hanya mengenal pantas tunggangan
          tanpa membaca keletihannya
          dia lelaki sang gembala kuda  
          hanya tahu mengejar kehebatan
          tanpa menghitung kesakitannya
          dan kuda-kuda itu ditunggangi
          ditunggangi dan ditunggangi! 


Maksud Sajak

Rangkap 1:
Sang gembala kuada ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang segera balik ke kandang.

Rangkap 2:
Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.

Rangkap 3:
Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menetang segala penipuan.

Rangkap 4:
Sang gembala kuda ialah lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas kasihan.

TEMA
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Berbekalkan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani, penjaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.

PERSOALAN
1.     Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.
2.     Ketegasan dalam memimpin.
3.     Penganiayaan terhadap haiwan.
4.     Kepatuhan menurut pemerintah.
5.     Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
6.     Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.
7.     Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.

NILAI
    1.     Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.
      2.     Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
    3.     Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya detika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
     4.     Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
        5.     Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

PENGAJARAN
1.     Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.
2.     Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
3.     Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.
4.     Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.
5.     Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.


~ GAN YONG LIAN

SAJAK : GELANGGANG

SAJAK : GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
       
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
       
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.


Rangkap 1:
Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara kaum di negara ini.

Rangkap 2:
Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.

Rangkap 3:
Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.

Rangkap 4:
Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Rangkap 5:
Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.

Tema
Pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta. Contohnya, usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah wajar dikenang.



PERSOALAN
1.         Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.

2.         Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
     
3.         Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

NILAI
1.  Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.

2.  Nilai perpaduan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.

3.  Nilai tanggungjawab
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

PENGAJARAN
1.  Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.

2.  Kita mestilah berani bertindak
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.

3.  Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.


~ GAN YONG LIAN

Pengenalan ShuNing

Name saya ialah Gan Shu Ning. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, KL. Saya ialah seorang pelajar seni kulinari di s...