Pantun Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan,
Kami mengucapkan selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari,
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.
Maksud
Rangkap 1- bermaksud seseorang yang mengalu-alukan kedatangan tetamunya serta berharap tetamunya dapat menerima dengan baik layanan yang diberikan.
Rangkap 2-Seseorang yang berharap niatnya untuk berbakti atau mencari pekerjaan,diperkenankan Tuhan.
Rangkap 3-Seseorang anak perantau yang mengharapkan belas ihsan daripada masyarakat setempat.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema-Tentang luahan perasaan gembira serta rasa muhibah ketika menyambut kedatangan seorang tetamu atau anak rantau ke tempat mereka .
Persoalan-Tenatang perasaan gembira ketika menerima kedatangan tetamu atau anak rantau.Kita hendaklah memuliakan tetamu iaitu menyambutnya dengan rasa gembira dan muhibah.
-Suatu niat akan anak rantau.Sebagai anak rantau seharusnya seseorang itu mempunyai niat yang baik.Jika seseorang itu ingin membuat jasa atau mencari pekerjaan,niatnya akan dimakbulkan Tuhan.
-Suatu sikap seorang tetamu.Sebagai tetamu, kita hendaklah mempunyai rasa rendah diri apabila berada di tempat orang kerana dengan sikap begini kita akan diterima baik oleh masyarakat setempat.
GAYA BAHASA
1.Inversi-pembalikan kata yang menyebabkan menyimpang daripada kelaziman tatabahasa. Contoh :Apa yang kurang dikeji jangan
Sepatutnya :Apa yang kurang jangan dikeji
2. Kata Ganda-kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau sepenuhnya.Contoh:
(a)Kaya dengan tumbuh-tumbuhan -kata ganda berimbuhan
(b)Mudah-mudahan Tuhan makbulkan -Kata ganda berimbuhan
(c)Dalam majlis tari menari -kata ganda beri
NADA ATAU PERASAAN
1.Perasaan gembira seperti yang digambarkan pada ungkapan;
Kami mengucapakan selamat datang.
2.Perasaan ingin berbudi seperti yang digambarkan pada ungkapan ;
Niat dihati nak buat jasa
3.Perasaan mengharap seperti yang digambarkan pada ungkapan;
Mengharap belas orang di sini.
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
1.Hormat-menghormati:Hormat-menghormati sangat dituntut oleh agama dan merupakan nilai murni yang perlu ada dalam setiap manusia.Kita perlu menghormati tetamu yang datang ke rumah atau ke tempat kita sekiranya dia berniat baik.
2.Menghargai pemberian orang lain terhadap kita:Sebagai tetamu yang diraikan,kita janganlah mencari kelemahan tuan rumah,sebaliknya menerima serta menghargai segala pemberian dengan hati terbuka dan gembira.
3.Merendah diri dapat membentuk dirikita daripada sikap angkuh,bangga diri,dan sebagainya.Sikap merendah dirijika diamalkankan menyebabkan kita mudah diterima oleh orang lain di mana juga kita berada.
4.Mempunyai niat baik:Kita hendaklah sentiasa mempunyai niat baik dan melakukan sesuatu pekerjaan,supaya niat baik kita diberkati Tuhan.

No comments:
Post a Comment