Wednesday, 10 October 2018
Kasih Ibu - Shu Ning
Memang telah lama kufikir
Untuk berbakti
Pada ibu dan siapa nanti
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati
sejak kecil pun aku diajari
tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta dan para syuhada
tapi bila aku telah dewasa
ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka.
lalu sekarang semuanya bagai membebani
jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak bererti lagi.
Tema
Tema sajak Kasih Ibu adalah kasih terhadap ibu dan penyesalan (anaka yang menyesalkerana tidak mengikut kata ibu dan tidak menghiraukan ibunya)
Maksud
Rangkap 1 kesedaran seorang anak untuk berbakti kepada ibu sejak dahulu lagi tetapitidak kesampaian kerana kesibukan serta tanggungjawab berumah tangga.2.
Rangkap 2 sejak kecil lagi, ibu telah mendidik anak iaitu dengan memberikan pendidikan agama yang sempurna seperti sembahyang 5 waktu supaya menjadi orang berguna di dunia dan di akhirat.3.
Rangkap 3 apabila anak telah berjaya dalam kehidupan serta mempunyai tanggungjawab berumah tangga, ia mudah melupakan segala jasa serta pengorbanan seorang ibu. ibusudah tidak lagi mendidik anaknya kerana keadaannya yang uzur.
Rangkap 4 seorang anak menyesal kerana tidak mengikut segala nasihat dan ajaranseorang ibu yang telah tidak ada lagi di dunia dan ia hanya tinggal kenangan.
Pengajaran
1. Jangan menderhaka kepada ibu.
2. Jangan mementingkan diri sehingga lupakan akan tanggungjawab sebagai seorang anak.
3. Kita hendaklah berbakti kepada ibu.
4. Kita perlu menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.
5. Nasihat serta ajaran ibu hendaklah dipatuhi kerana ia amat berguna di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengenalan ShuNing
Name saya ialah Gan Shu Ning. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, KL. Saya ialah seorang pelajar seni kulinari di s...
-
SAJAK : GELANGGANG Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepak...
-
Pantun Joget Pahang Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli berangan, Kami mengucapkan selamat datang, Apa yang kurang dik...
No comments:
Post a Comment