Tuesday, 30 October 2018

Sajak Kata-Kata - Jocelyn Lee (0330124)

Kalau kita dicerca dengan kata
kita diam tak terkata.
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata.

Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.

Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.

Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.

Aduhai anakanda
Kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.


Maksud:
Rangkap 1:
Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara.
Rangkap 2:
Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara.
Rangkap 3:
Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat.
Rangkap 4:
Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta.
Rangkap 5:
Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.

Nilai Murni
Nilai pertama ialah kebijaksanaan.Contohnya, kita perlu bijak berkata-kata dan berhujah.Selain itu, nilai kedua ialah tanggungjawab.Contohnya,kita mesti bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.Seterusnya, nilai ketiga ialah  keberanian. Contohnya, kita harus berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.


- Jocelyn Lee (0330124)

No comments:

Post a Comment

Pengenalan ShuNing

Name saya ialah Gan Shu Ning. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, KL. Saya ialah seorang pelajar seni kulinari di s...