Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.
Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.
Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.
Nampakkah ia sepertimu
mereka juga diciptakan oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil tidak berbudi
nampakkah kau?
Maksud:
Rangkap 1:
Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang wanita tua yang merempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita tua itu berjalan tanpa haluan sambil membawa begnya yang buruk.

Rangkap 2:
Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua itu tiada tempat kediaman. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan daripada restoran mamak.

Rangkap 3:
Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yag terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila mayatnya tidak dihiraukan dan tiada waris yang menuntut mayatnya di bilik mayat.

Rangkap 4:
Penyajak menjelaskan bahawa kita adalah serupa kerana kita semua ialah makhluk ciptaan Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu tidak dipedulikan oleh anak-anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati budi anak-anaknya.

Nilai Murni
Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Contohnya, kita harus berkasih sayang terhadap
kedua ibu bapa perlu disemai agar perasaan tersebut kekal berpanjangan. Selain
itu,nilai kedua ialah mengenang budi.
Contohnya, kita perlulah membalas segala jasa yang telah dicurahkan oleh kedua
ibu bapa.Seterusnya, nilai ketiga ialah prihatin.
Contohnya, kita mesti mengambil berat terhadap ibu bapa.
- Jocelyn Lee (0330124)
No comments:
Post a Comment