SAJAK- SEJADAH RINDU
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang kempunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi saksi
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kukuh tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidk lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
RANGKAP 1:
Diatas sejadah, penyajak berdoa dan berzikir memuji kebesaran Tuhan. Dia berasa insaf akan kesilapan dan dosa yang telah dilakukan.
RANGKAP 2:
Penyajak berdoa agar dia dapat memanfaatkan pancaindera yag dianugrah tuhan dengan baik dalam meneruskan kelangsungan hidupnya. Dia berharap agar Tuhan mengampunkan dosanya sebelum dia meninggal dunia.
MAKSUD
TEMA
Sajak ini bertemakan ketuhanan. Penyajak taat akan perintah tuhan. Dia berzikir dan berdoa agar Tuhan mengampunkan dosanya serta dapat memanfaatkan apa apa yang dianugerah Tuhan kepadanya. Penyajak juga sedar bahawa hidup di dunia hanya sementara.
PERSOALAN
Keinsafan
Penyajak berasa insaf akan dosa dosa yang telah dilakukan lalu dia memohon keampunan.
Memanfaatkan kehidupan
Tuhan telah emberi pancaindera yang sempurna kepada penyajak.
Keikhlasan ketika berdoa
Air mata yang mengalir membuktikan bahawa dia ikhlas untuk taat kepada perintah Tuhan.

No comments:
Post a Comment