Sajak- Bintang
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.
Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
Rangkap 1.
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa pulang ke rumah agar cahaya bintang itu dapat menggembirakan ibu dan membahagiakan ayah.
Rangkap 2.
Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu dan penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayah.
2. Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga kita.
3.Kita mestilah merendah diri dengan keagungan dan kehebatan tuhan mencipta alam semesta ini.
No comments:
Post a Comment