Friday, 2 November 2018

sajak senja di palang besi- aisyah

Sajak- Senja di palang besi

Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.


Pilu wajahmu sang senja
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.  


Tanpa pasir pantai atau silir angin
rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan. 

Rangkap1 
-Penyajak berasa sedih dan menyesal apabila tinggal di dalam sel penjara. Penyajak hanya dapat melihat melalui celah-celah tirai besi penjara. 

rangkap 2 
-Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan kini bertukar sayu tatkala terpaksa hidup di dalam penjara yang dipinggirkan,terbuang dan menyakitkan. 

rangkap 3.
-Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan palang besi, tiada tilam yang selesa dan pendingin hawa menyebabkan jiwanya semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah hukuman yang terpaksa ditempuhi.

Pengajaran.
1. Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi ujian dalam hidup ini. 
2. Kita hendaklah bersyukur dengan menghargai hidup di dunia ini.
3. Janganlah kita terlibat dalam gejala jenayah yang boleh mengakibatkan seseorang itu dihumban ke dalam penjara.






No comments:

Post a Comment

Pengenalan ShuNing

Name saya ialah Gan Shu Ning. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, KL. Saya ialah seorang pelajar seni kulinari di s...