Thursday, 22 November 2018

Pengenalan ShuNing




Name saya ialah Gan Shu Ning. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, KL. Saya ialah seorang pelajar seni kulinari di semester terakhir. Hobi saya ialah membaca novel dan makan angin. 

reflektif - aisyah alyssa 0330264


Saya suka class ini kerana cikgu telah membantu saya mengasah pengetahuan saya dalam Bahasa Melayu. Saya amat meminat dalam Ragam Bahasa  dan Penulisan (membina ayat).  Saya juga menyukai sebutan dan intonasi  kerana saya sangat lemah dalam sebutan ayat ayat tertentu atau yang membelit lidah. Saya harap saya akan membantu diri saya untuk berlatih lebih banyak dalam course ini.

Pengenalan tentang Charles



Name saya ialah Tan How Feng (Charles). Aku berumur 20 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Aku ialah seorang pelajar pengurusan hotel yang semester terakhir. Saya suka pergi makan makanan rangkaian dan menghadiri persidangan.

Friday, 2 November 2018

sajak senja di palang besi- aisyah

Sajak- Senja di palang besi

Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.


Pilu wajahmu sang senja
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.  


Tanpa pasir pantai atau silir angin
rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan. 

Rangkap1 
-Penyajak berasa sedih dan menyesal apabila tinggal di dalam sel penjara. Penyajak hanya dapat melihat melalui celah-celah tirai besi penjara. 

rangkap 2 
-Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan kini bertukar sayu tatkala terpaksa hidup di dalam penjara yang dipinggirkan,terbuang dan menyakitkan. 

rangkap 3.
-Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan palang besi, tiada tilam yang selesa dan pendingin hawa menyebabkan jiwanya semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah hukuman yang terpaksa ditempuhi.

Pengajaran.
1. Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi ujian dalam hidup ini. 
2. Kita hendaklah bersyukur dengan menghargai hidup di dunia ini.
3. Janganlah kita terlibat dalam gejala jenayah yang boleh mengakibatkan seseorang itu dihumban ke dalam penjara.






Sajak - bintang - aisyah

Sajak- Bintang



Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya. 

Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Rangkap 1.
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa pulang ke rumah agar cahaya bintang itu dapat menggembirakan ibu dan membahagiakan ayah. 

Rangkap 2. 
Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu  dan penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka. 

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayah. 
2. Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga kita. 
3.Kita mestilah merendah diri dengan keagungan dan kehebatan tuhan mencipta alam semesta ini.

sajak- sejadah rindu - aisyah

SAJAK- SEJADAH RINDU 
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang kempunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi saksi
akhirnya 
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh 
jiwa yang kukuh tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidk lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

RANGKAP 1:
Diatas sejadah, penyajak berdoa dan berzikir memuji kebesaran Tuhan. Dia berasa insaf akan kesilapan dan dosa yang telah dilakukan.

RANGKAP 2:
Penyajak berdoa agar dia dapat memanfaatkan pancaindera yag dianugrah tuhan dengan baik dalam meneruskan kelangsungan hidupnya. Dia berharap agar Tuhan mengampunkan dosanya sebelum dia meninggal dunia.

MAKSUD
TEMA 
Sajak ini bertemakan ketuhanan. Penyajak taat akan perintah tuhan. Dia berzikir dan berdoa agar Tuhan mengampunkan dosanya serta dapat memanfaatkan apa apa yang dianugerah Tuhan kepadanya. Penyajak juga sedar bahawa hidup di dunia hanya sementara.

PERSOALAN
Keinsafan
Penyajak berasa insaf akan dosa dosa yang telah dilakukan lalu dia memohon keampunan.

Memanfaatkan kehidupan
Tuhan telah emberi pancaindera yang sempurna kepada penyajak.

Keikhlasan ketika berdoa
Air mata yang mengalir membuktikan bahawa dia ikhlas untuk taat kepada perintah Tuhan.

Aisyah Alyssa

AISYAH ALYSSA MOHD KAMAL
(0330264)






Nama saya Aisyah Alyssa. Umur saya 20 tahun dan saya adalah pelajar Taylor’s University. Saya mengambil program diploma in seni kulineri dan sekarang di semester terakhir. Saya suka dengan activity penggambaran dan melancong. 

Pengenalan ShuNing

Name saya ialah Gan Shu Ning. Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, KL. Saya ialah seorang pelajar seni kulinari di s...